Tommy Thomas berkata sistem terbuka telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara selama berabad-abad.

PETALING JAYA: Bekas peguam negara Tommy Thomas menggesa badan kehakiman untuk kembali melaksanakan pendengaran kes sivil secara fizikal memandangkan pandemik Covid-19 sudah berakhir.
Thomas berkata prosiding dalam talian bermula pada 2020 sebagai langkah sementara ketika pandemik berleluasa.
Bagaimanapun katanya, dengan Covid-19 kini dianggap sebagai penyakit biasa, sudah tiba masanya bagi mahkamah untuk kembali kepada prosiding secara bersemuka.
“Keadilan yang terbuka, telus dan bertanggungjawab memerlukan ruang mahkamah terbuka kepada orang ramai dan akhbar. Ini adalah asas kepada pentadbiran keadilan,” katanya kepada FMT.
“Kita mesti segera kembali kepada sistem terbuka yang telah memberikan perkhidmatan yang baik selama berabad-abad.”
Thomas, yang merupakan peguam negara dari Jun…