Sebaliknya, kementerian sedang memperhalusi keperluan petugas kesihatan di setiap peringkat.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan ingin membawa masuk jururawat asing bagi menangani isu kekurangan jururawat di hospital swasta.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya sedang memperhalusi keperluan petugas kesihatan di setiap peringkat.
“Saya ingin menjelaskan bahawa kami di KKM sedang memperhalusi setiap keperluan petugas kesihatan dan bukannya mempertimbangkan untuk mengambil jururawat luar negara,” katanya di Twitter.
Beliau mengulas satu laporan media mendakwa KKM sedang mempertimbang keperluan mengambil jururawat asing bagi memenuhi keperluan hospital swasta.
“Saya ingin menjelaskan bahawa kami di KKM sedang memperhalusi setiap keperluan petugas kesihatan dan bukannya mempertimbangkan untuk mengambil jururawat luar negara.
“Kerajaan…