Polis turut merampas 847 kenderaan curi bernilai RM19.8 juta dan wang tunai RM502,865.

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menyelesaikan 1,658 kes curi kenderaan dengan penahanan 1,225 individu menerusi Op Lejang Khas 2023 yang bermula Januari hingga April lepas.
JSJ Bukit Aman dalam kenyataan dimuat naik di Facebooknya memaklumkan dalam tangkapan itu, pihaknya turut merampas 847 buah kenderaan yang dipercayai dicuri dianggarkan bernilai RM19.8 juta dan wang tunai RM502,865.
“Semua individu tersebut (1,225 orang) ditahan dalam 1,049 serbuan yang dilakukan pihak polis di seluruh negara.
“Menurut statistik yang dikeluarkan jabatan ini, sebanyak 6,709 kertas siasatan dibuka bagi kecurian kenderaan dan 639 kertas siasatan berjaya dituduh bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini,” menurut kenyataan…