Umat Islam diingatkan supaya lebih teliti dan berhati-hati dengan pakej ditawarkan agensi pelancongan yang tidak dilesenkan TH agar tidak tertipu setelah membuat bayaran.

MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) berharap tiada lagi umat Islam di Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat terpedaya dengan pakej haji furada menjelang hari wukuf, kemuncak kepada ibadat haji yang dijangka 27 Jun ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengingatkan umat Islam supaya lebih teliti dan berhati-hati dengan pakej ditawarkan agensi pelancongan yang tidak dilesenkan TH agar tidak tertipu setelah membuat bayaran.
“Setiap tahun ada sahaja laporan berkaitan bakal haji terkandas di KLIA disebabkan tiada tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji.
“Seperti kita sedia…