Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul turut mengumumkan pelantikan 10 pengerusi JKPK yang baharu itu.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen (JKPK) ke-15 yang baharu ditubuhkan boleh membincangkan semua perkara yang difikirkan sesuai di bawah terma rujukan tanpa perlu dirujuk kepada menteri.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul berkata bagaimanapun perkara-perkara yang dibincangkan oleh JKPK tidak boleh melibatkan perkara yang telah, sedang atau akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
“Terma rujukan yang lebih luas merangkumi penglibatan ke semua kementerian dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkuasa membuat keputusan sekiranya terdapat pertikaian terutama berkaitan saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan dan berkaitan prosedur perjalanan…