Kementerian Kesihatan menerima 318 permohonan untuk pampasan itu di mana 138 daripadanya ditolak.

PETALING JAYA: Kerajaan membayar lebih RM2.5 juta pampasan kepada 150 pemohon yang mengalami kesan sampingan serius selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kementerian menerima 318 permohonan di bawah skim yang menyediakan bantuan kewangan khas kepada mereka yang mengalami kesan advers berikutan pelalian (AEFI).
“Daripada 318, sebanyak 150 permohonan diluluskan membabitkan bayaran RM2.55 juta,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Zaliha menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh) mengenai jumlah laporan AEFI yang diterima kementerian dan jumlah pampasan kepada pengadu setakat ini.
Daripada 72.6 juta dos vaksin yang diberikan di seluruh negara, kata Zaliha, kementerian…