Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kenapa baru sekarang Pemuda Umno tuntut DAP mohon maaf, soal penganalisis

today10 June 2023

Background


Penganalisis percaya ketua sayap itu, Akmal Saleh, mahu dilihat sebagai pemimpin yang tegas, di samping meredakan kebimbangan di kalangan akar umbi.

Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh berkeras supaya bekas seteru utama, DAP memohon maaf.

PETALING JAYA: Dua penganalisis mempersoalkan jangka masa gesaan Pemuda Umno supaya DAP memohon maaf atas tuduhan lampau yang dilemparkan terhadap parti mereka, dengan salah seorangnya berkata ia “lewat enam bulan”.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata gesaan ketua sayap itu Akmal Saleh, yang juga pemimpin Umno Melaka, akan lebih relevan jika ia dibuat sebelum pembentukan kerajaan perpaduan pada Disember.

Mazlan juga tidak menolak kemungkinan Akmal ingin memperbaiki kedudukan politiknya dengan membuat gesaan sedemikian.

Katanya, dari segi karisma dan populariti, Akmal tidak dapat menandingi pendahulunya.

“Jadi dia mahu dilihat sebagai pemimpin pemuda Umno yang kuat dan tegas,” kata Mazlan kepada FMT.

Pada Khamis, semasa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrul Shahabudin


Previous post