Presiden MCA itu sebelum ini menjadi setiausaha MCA bahagian Johor Bahru selama 15 tahun, sebelum menjadi ketuanya, juga selama 15 tahun.

JOHOR BAHRU: Wee Ka Siong mengumumkan beliau telah melepaskan jawatannya dalam MCA Bahagian Johor Bahru, selepas berkhidmat lebih 30 tahun, bagi memberi laluan kepada generasi muda.
Wee, yang juga presiden MCA, sebelum ini menjadi setiausaha MCA bahagian itu selama 15 tahun, sebelum menjadi ketuanya, juga selama 15 tahun.
“Hari ini secara rasminya saya melepaskan jawatan di peringkat bahagian, agak sedih juga kerana telah berada di bahagian ini sejak saya bujang dan kali terakhir saya berucap di sini.
“Saya bermula dengan biro aduan awam MCA bahagian, di mana saya terlibat menguruskan mangsa-mangsa penipuan, mangsa ah long dan lain-lain kes, sehingga menjadi ketua bahagian.
“Tetapi saya yakin…