Radzi Jidin yang memegang portfolio pendidikan bermula Mac 2020 hingga November tahun lalu berkata SPM 2022 diadakan dari 20 Feb hingga 15 Mac lalu bawah penggantinya, Fadhlina Sidek.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin menjawab kritikan perdana menteri terhadapnya berhubung isu ketidakhadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dengan menjelaskan ia berlaku bawah penggantinya, Fadhlina Sidek.
Radzi yang memegang portfolio pendidikan bermula Mac 2020 hingga November tahun lalu berkata, SPM 2022 diadakan dari 20 Feb hingga 15 Mac lalu, iaitu ketika Anwar Ibrahim mula mengetuai pentadbiran negara.
Fadhlina yang juga ketua wanita PKR dilantik sebagai menteri pendidikan.
“Beliau seharusnya bertanya kepada Fadhlina,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Semalam, Anwar membidas seorang bekas menteri pendidikan yang…