Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya ada menerima maklumat pembabitan pihak politik dalam kegiatan itu.

PETALING JAYA: Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berkongsi maklumat siasatan bagi menentusahkan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung penglibatan pihak politik dalam aktiviti judi dalam talian.
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya ada menerima maklumat mengenai pembabitan kumpulan itu.
“Polis dan SPRM sedang berkongsi maklumat siasatan bagi menentusahkan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.
“Polis mengulangi komitmen tidak akan membiarkan kegiatan menimbulkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara serta segala langkah diambil adalah berteraskan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang Dewan Rakyat semalam…