Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 beradik maut, pemandu lori tangki dituduh cuai

today20 June 2023

Background


Tertuduh berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Trafik Khas Kuantan.

Media sebelum ini melaporkan kereta dinaiki dua beradik dirempuh sebuah lori tangki membawa muatan petroleum berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir, Kuantan. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori tangki dihadapkan ke Mahkamah Trafik Khas Kuantan atas tuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian dua beradik dalam nahas 13 Jun lalu.

Tertuduh, Muhammad Noor Azwan Abd Saman, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan berat itu tanpa kecermatan kepada pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kematian Siti Nur Alia Saffiyah, 18, dan Siti Mazurah Zulkifli, 30.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Azwan di Jalan Kuantan-Segamat, dekat persimpangan lampu isyarat Felda Lepar Hilir, Kuantan, 11 malam, 13 Jun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters