Perhilitan Selangor berkata pihaknya bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bersama Apartment Sunway Batu Caves untuk memasang perangkap.

SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.
Jabatan Perhilitan Selangor menerusi kenyataan memaklumkan tindakan pengurusan kawalan konflik kera di pangsapuri itu dibuat berdasarkan aduan gangguan kera di kawasan tersebut yang menyebabkan kerosakan harta benda dan ancaman keselamatan kepada penduduk setempat.
Menurut kenyataan itu, jabatan berkenaan bekerjasama dengan penduduk menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Apartment Sunway Batu Caves untuk melaksanakan pemasangan perangkap…