Ia juga kemenangan terbesar dicatat skuad bola sepak negara sejak menewaskan Bhutan 7-0 pada aksi persahabatan pada April 2018.

KUALA NERUS: Persembahan cemerlang pada separuh masa kedua menjadi kunci kejayaan Malaysia membelasah Papua New Guinea 10-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam ini.
Paling mencuri tumpuan pada pertembungan yang disaksikan 9,592 penyokong itu adalah pemain sayap muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi dan pemain naturalisasi Paulo Josue selepas masing-masing meledak empat dan tiga gol untuk membantu skuad Harimau Malaya merakam kemenangan besar.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon menjaringkan sembilan gol pada separuh masa kedua selepas mendahului di penghujung babak…