Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Shamsul Iskandar Md Akin menolak dakwaan satu portal mengaitkannya dengan individu ‘mendoakan kematian Hadi Awang’.

PETALING JAYA: Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin menggesa satu portal menarik balik dakwaan mengaitkan dirinya dengan “individu biadap” mendoakan kematian Hadi Awang.
“Dakwaan mengenai perkaitan itu adalah sangat tidak wajar untuk dipolemikkan tanpa asas jelas.
“Meskipun beliau (Zaki Yamani) pernah berkhidmat selaku Setiausaha AMK Keadilan sewaktu saya memimpin pada 2017, itu tidak membawa sebarang perkaitan atau makna pada masa kini dalam mana-mana kapasiti rasmi,” katanya dalam kenyataan.
Shamsul berkata, beliau telah pun berhubung dengan keluarga presiden PAS itu lebih awal sebaik sahaja berita mengenai…