Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Amirudin tak menyesal tak ikut Azmin jadi ‘pengkhianat’

today5 July 2023

Background


Naib presiden PKR itu berkata, beliau setia bersama PKR kerana menghormati mandat rakyat.

Menurut Amirudin Shari, beliau pernah dilabel sebagai pengikut Azmin Ali satu ketika dahulu.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Amirudin Shari berkata, beliau tidak menyesal tidak mengikut jejak bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali keluar parti ketika Langkah Sheraton pada 2020.

Amirudin berkata, walaupun pernah dilabel sebagai pengikut Azmin, beliau membuat keputusan untuk setia dengan PKR kerana menghormati mandat rakyat.

“Saya tak menyesal tak ikut (Azmin) jadi pengkhianat. Sebab apa? Sebab demi kemakmuran, kestabilan Selangor,” katanya ketika berucap di pentas ceramah Jelajah Madani DUN Taman Medan.

“Saya dulu dianggap pengikut beliau tetapi saya ambil keputusan setia dengan parti dan hormat mandat rakyat.”

Amirudin, yang juga menteri besar Selangor itu berkata, keputusan kekal bersama PKR dan Pakatan Harapan (PH) adalah tepat kerana gabungan itu mampu mentadbir dengan baik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post