Zahid Hamidi berkata jentera BN akan memastikan gabungan kerajaan perpaduan.

BANGI: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi berterima kasih dengan rakan sejawatnya dari Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim yang memberi peluang kepada komponennya bertanding beberapa kerusi di Selangor.
Zahid yang juga salah seroang daripada timbalan perdana menteri berkata jentera BN berazam akan memastikan kemenangan gabungan kerajaan perpaduan untuk terus mentadbir Selangor.
“Ya, kami pernah menjadi musuh. Apa yang Anwar tak kata pada saya, dan apa yang saya tak kata pada Anwar…itu cerita lama. Kita tinggalkannya dan buka buku baharu.
“Pada 29 Julai, kita akan mencalonkan calon kita. Saya ingin berterima kasih kepada Anwar dan PH kerana beri peluang kepada BN di Selangor,” katanya berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan malam tadi.
Presiden Umno itu turut…