Jabatan Komunikasi Komuniti unjur isu rumah dua anak boleh menampung belanja dapur dengan hanya RM391 sebulan.

PETALING JAYA: Warganet menyindir poster Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) berkait isi rumah bersama dua anak mampu menampung hidup pada kadar RM391 sebulan bagi perbelanjaan dapur.
Dalam infografik, J-Kom menyenarai enam barang dapur yang boleh dibeli isi rumah itu dengan bergantung kepada gaji minimum RM1,500.
Barang itu meliputi dua ayam seberat 2kg berharga RM37.60; beras (RM38/10kg); dua minyak masak (RM6.90/1kg); telur sepapan 30 biji (RM14); dua roti buku jumbo RM8.60, dan setong gas RM19 untuk kegunaan sebulan.
Poster itu juga mengunjurkan individu bujang membelanjakan hanya RM228 sebulan bagi barang tersebut, namun pada kuantiti lebih kecil.

Kesan daripada hantaran poster itu, bagaimanapun disambut dingin warganet sambil kebanyakkan “tidak bersetuju”,…