Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kontraktor terowong dasar laut dakwa ditipu ahli perniagaan, mahkamah diberitahu

today21 July 2023

Background


(Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi pendakwa raya dalam perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang berkata kontraktor projek terpaksa mengambil tindakan selepas menyedari ia ditipu oleh ahli perniagaan.

Bekas pengarah Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, Ibrahim Sahari berkata beliau dan rakan sekerja, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memaklumkan kepada mesyuarat lembaga pengarah bahawa syarikat itu telah ditipu oleh G Gnanaraja.

“Peguam kami mengeluarkan notis tuntutan kepada Gnanaraja, meminta dia pulangkan RM19 juta,” tambahnya.

Bekas menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukan itu untuk meminta suapan daripada Zarul sebanyak 10% daripada keuntungan projek terowong itu, dan untuk menerima RM3.3 juta daripadanya.

Lim juga dituduh menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan negeri dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ho Kit Yen


Previous post

Sukan

Madinda tinggalkan NSFC

Seremban: Skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) menerima tamparan hebat untuk meneruskan cabaran dalam saingan Liga Super apabila kehilangan seorang lagi pemain import yang beraksi di bahagian tengah, Levy Madinda.

today21 July 2023