
PETALING JAYA: Kepimpinan dan akar umbi Amanah digesa memberikan tumpuan pada PRN bulan depan, bukan memikirkan siapa patut menggantikan tempat Salahuddin Ayub sebagai menteri.
Presiden Mohamad Sabu berkata, semua pihak dalam parti itu bertanggungjawab memberikan kemenangan kepada calon parti yang bergabung dalam kerajaan perpaduan.
“Jangan memikirkan dahulu siapa akan menggantikan tempat Salahuddin.
“Selepas ini barulah kita akan membincangkan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkait pengganti kepimpinan yang telah pergi,” katanya dalam kenyataan.
Salahuddin yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup meninggal dunia Ahad lalu akibat pendarahan otak.
Pada PRN 12 Ogos ini, Amanah bertanding di 31 DUN iaitu sembilan kerusi di Kedah dan Selangor, dua di Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan serta tujuh kerusi di Kelantan.
Mohamad…