Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hantar video lucah kepada bekas kekasih, lelaki didenda RM7,000

today26 July 2023

Background


Tertuduh didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi, iaitu video yang lucah sifatnya, menerusi WhatsApp dengan niat menyakiti hati orang lain.

Muhammad Iqyyum Basri, 25, mengaku bersalah terhadap tuduhan bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) di Mahkamah Sesyen Setiu hari ini.

PETALING JAYA: Seorang pembantu kedai dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Setiu kerana menghantar video lucah kepada bekas teman wanitanya tahun lepas.

Hakim Ahmad Fadhli Mahmud menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Iqyyum Basri, 25, mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya sekali, dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Muhammad Iqyyum didakwa secara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post