Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Jawab Spekulasi Nikah Dengan Athirah Yuhada, Ini Jawapan Hafidz Roshdi – “Bagi Rehat Dulu, Apa-Apa Saya Roger”

today28 July 2023

Background

Pelakon Hafidz Roshdi menarik nafas lega apabila prosiding kes perceraiannya bersama bekas isteri, Nurul Shuhada berjalan dengan lancar hari ini apabila sah bercerai dengan talak satu.

Bagaimanapun, spekulasi mengenai dakwaan telah bernikah dengan kekasih hatinya iaitu Athirah Yuhada adalah tidak benar.

Menurut Hafidz atau nama penuhnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dia masih belum mendirikan rumah tangga seperti didakwa sekaligus menepis dakwaan kononnya penampilan memakai baju Melayu berwarna putih pada Hari Raya lalu kerana melangsungkan perkahwinan adalah tidak benar.

“Saya tiada pengumuman nak buat.

“Rileks dulu, apa-apa saya roger! Kalau saya kahwin saya mesti maklumkan kepada peguam saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

 

Ditanya mengenai status hubungannya bersama Athirah, aktor ini hanya menjawab ringkas bahawa hubungannya bersama wanita berkenaan hanyalah sekadar kawan sahaja.

“Belum ada apa-apa. Kami mash berkawan,” jelasnya.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada sah bercerai dengan talak satu selepas Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin mengesahkan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu pada 22 Februari lalu adalah sah.

ARTIKEL BERKAITAN:”Orang Ingat Saya Nak Pergi Nikah” – Tampil Dengan Jubah Putih, Isteri Hafidz Roshdi Bersemangat Hadir Di Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN:Lafaz Cerai Pada 22 Februari Sah, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Lega Kemelut Rumah Tangga Berakhir Dengan Talak Satu

Untuk rekod, kemelut rumah tangga pasangan ini mula menjadi tumpuan selepas Shuhada tampil membuat perkongsian di Instagram Story miliknya.

Malah, Hafidz juga didakwa berlaku curang dan menghantar mesej berbaur lucah serta menjijikkan.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada April 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

 

Sumber. Melodi TV3, mStar

Written by: Salma