
PETALING JAYA: Pertarungan sebenar di Negeri Sembilan nampaknya sebanyak mana undi yang boleh Barisan Nasional-Pakatan Harapan perolehi daripada akar umbi masing-masing, ketika penganalisis percaya gandingan itu berpeluang cerah menawan Darul Khusus.
Adalah penting untuk lihat sebanyak mana penyokong yang boleh ia yakinkan untuk keluar mengundi dan memilih mereka, kerana ia akan dilihat sebagai setakat mana penerimaan akar umbi kepada kerjasama BN-PH.
Bridget Welsh, seorang penyelidik bersekutu kehormat di Universiti Nottingham Malaysia, mendapati Perikatan Nasional paling lemah di Negeri Sembilan.
“Penentangan terhadap PAS kuat, maka Bersatu mengepalai kempen PN dengan jentera yang tempang,” katanya kepada FMT.
“Bagi kerajaan perpaduan, cabarannya ialah peralihan undi, iaitu PH mengundi Umno dan sebaliknya. Perkara paling penting untuk diperhatikan ialah…