
ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan berusaha sedaya upaya memastikan sekolah khas untuk pelajar daripada golongan miskin dapat dibuka dan beroperasi pada tahun depan.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kemudahan memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak miskin di negara ini sememangnya sentiasa dalam perancangan kementeriannya.
“Kita akan maklumkan sedikit masa lagi, untuk kita pastikan sekolah (khas) ini telah benar-benar siap untuk ia beroperasi khusus untuk anak-anak miskin kita, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan berhasrat memperkenalkan sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan.
Mengulas lanjut,…