Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ampangan kerusi penting untuk ajar pengkhianat, kata Anwar

today9 August 2023

Background


Anwar Ibrahim berkata, pengkhianat parti tidak akan dimaafkan. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berkata kerusi Ampangan di sini, seperti kerusi Hulu Kelang di Selangor, merupakan medan pertempuran penting bagi gabungan itu kerana bakal menjadi tempat memberi pengajaran kepada “pengkhianat”.

Ampangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PH Tengku Zamrah Sulaiman, calon Perikatan Nasional (PN) Ghazali Zainal Abidin dan calon bebas Rafie Abdul Malek.

Baru-baru ini, Rafie dipecat PKR kerana bertanding sebagai calon bebas.

“Ampangan (kerusi) penting kerana ada pengkhianatan dari dalam PKR. Di mana-mana saya ajar, pengkhianatan dalam perjuangan satu hal yang tidak boleh diizinkan,” kata presiden PKR itu dalam ceramah di sini, malam tadi.

Katanya, mahu memberi pengajaran kepada pengkhianat ialah sebab beliau dan Presiden Umno, Zahid Hamidi akan berkempen di Hulu Kelang pada malam Khamis ini.

“Dalam sejarah, budaya Melayu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrul Shahabudin


Previous post