
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menuntut Sanusi Nor menarik balik dan meminta maaf serta membayar ganti rugi RM10 juta susulan kenyataan fitnah berkait pemberian tanah percuma kepada syarikat swasta.
Amirudin dalam kenyataan berkata, menteri besar Kedah itu diberi tempoh 48 jam untuk berbuat demikian.
“Namun begitu, jika YAB Dato Seri Sanusi gagal berbuat demikian, saya terpaksa meneruskan dengan tindakan undang-undang menerusi proses mahkamah,” katanya dalam kenyataan.
Rabu lalu, Sanusi dalam Jelajah Mega PN Best “Sayangi Kedah Sejahtera” di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara Amirudin dengan Pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan yang kononnya mahu melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.
Sebagai timbal balas, taikun itu akan mendapat tanah 600 ekar di Selangor yang…