
PETALING JAYA: PAS menawarkan kepimpinan baharu menggabungkan agamawan dan teknokrat bagi memimpin Kelantan, jika ia menang esok.
Ketika ini, jawatan itu dipegang Ahmad Yakob dan Timbalannya, Amar Nik Abdullah.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata kepimpinan parti juga bersetuju mengekalkan Sanusi Nor sebagai menteri besar Kedah dan Ahmad Samsuri Mokhtar menerajui Terengganu.
“Bagaimanapun, cadangan tawaran kepimpinan itu tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan sultan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, ia hasil keputusan mesyuarat jawatankuasa harian PAS Pusat semalam yang dipengerusikan Presiden, Hadi Awang di Rusila, Terengganu.
BERITA LANJUT MENYUSUL