
PAPAR: Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersetuju menetapkan tempoh satu tahun untuk memuktamadkan formula pemberian khas hasil persekutuan kepada kerajaan negeri di Borneo seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Anggota Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 Ewon Benedick berkata, perbincangan dalam Jemaah Menteri telah memperakukan beberapa pelaksanaan MA63 serta perbincangan susulan bagi memuktamadkan perkara lain yang berkaitan.
“Antaranya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dilantik sebagai ahli lembaga dan seterusnya mempunyai akses kepada jenis-jenis hasil persekutuan dan jumlah pungutan hasil daripada Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan ulang…