Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sanusi angkat sumpah MB Kedah penggal kedua

today14 August 2023

Background


Sanusi Nor mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit pagi ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Adun Jeneri, Sanusi Nor mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah buat penggal kedua.

Ketua Perikatan Nasional (PN) Kedah itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 10.15 pagi.

Sabtu lalu, Sanusi menang besar di kerusi Jeneri dengan mendapat 21,823 undi menewaskan calon Pakatan Harapan, Khizri Abu Kassim yang hanya meraih 5,773 undi.

Dalam PRN Sabtu lalu, PN memenangi 33 daripada 36 kerusi DUN Kedah.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Salah berang dengan Klopp

London: Sensasi Liverpool, Mohamed Salah berang selepas dikeluarkan ketika bertemu Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi yang berakhir dengan kedua-dua pasukan seri 1-1.

today14 August 2023