Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Label Individu Tak Sedar Diri ‘Psiko’, Luahan Hati Yana Samsudin Untuk Siapa? – “Rumah Dah Siap Pahat Masih Berbunyi”

today15 August 2023

Background

Pelakon Yana Samsudin meluahkan rasa tidak puas hati selepas ada individu yang cuba mengganggu kehidupan peribadinya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS), Yana atau nama penuhnya, Norliana Samsudin, 38, seolah-olah memerli individu berkenaan yang dilihat sengaja mahu meraih simpati.

Malah, sanggup ‘berlakon’ seperti orang yang teraniaya akibat perbuatan sendiri.

“Rumah dah siap pahat masih berbunyi. Diam lah!

“Nak minta simpati.. tapi sendiri buat, sendiri acah-acah.

“Cukuplah buat akaun lain nak naikkan diri sendiri.

“Dah lah upload content dekat akaun orang lain tanpa owner tahu. Lepastu tukar password. Ingat orang tak tahu ke, psiko!,” tulisnya.

Hantaran berkenaan sekaligus menimbulkan spekulasi dalam kalangan pengikut aktres berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini Yana masih tidak memaklumkan siapakah gerangan individu yang dimaksudkannya itu.

Terdahulu, isteri kepada Fadzil Zahari ini pernah mencetuskan kontroversi selepas dituduh bersikap kurang ajar selepas memecahkan pasu milik usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri yang berharga RM400,000.

Written by: Salma


Previous post