Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kini Bercuti Di Luar Negara, Peminat Titip Doa & Kata-Kata Semangat Untuk Mimi Lana

today19 August 2023

Background

Pelakon Mimi Lana tampil berkongsi foto terkininya yang kini berada di luar negara sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminat.

Perkara tersebut telah dikongsikan  oleh Mimi menerusi sebuah hantaran di Instagram, kelmarin.

Dalam perkongsian tersebut, penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz turut bersamanya di sana.

“Breathing,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Melihat perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya dan rakan artis tampil memberikan pelbagai respons di ruangan komen.

Malah, ada juga yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buat pelakon yang membintangi drama bersiri Perempuan Itu.

Terdahulu, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita pembatalan majlis pernikahan Mimi dan Syafiq Kyle yang sepatutnya berlangsung pada minggu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Promo Bersama Mimi Lana, Ruangan Komen Syafiq Kyle Dihujani Tanda Tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

Written by: Salma


Previous post