Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tampil Anggun Di KLFW, Netizen Dakwa Izara Aishah Mengandung 6 Bulan? – “Jumpa Dia Beli Barang Baby”

today25 August 2023

Background

Pelakon jelita, Izara Aishah mencuri perhatian ramai selepas penampilannya ketika hadir ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) semalam.

Susulan itu, sebuah video memaparkan Izara sedang ditemubual oleh sebuah portal hiburan telah menerima pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video tular di platform TikTok itu, netizen mendakwa Izara sedang hamil lima atau enam bulan kerana perutnya yang dilihat semakin membesar.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada individu berkata dia baru sahaja berjumpa dengan Izara di pusat membeli-belah kelihatan sedang sibuk membeli barangan bayi.

“Izara ada baby bump,” kata netizen.

“Yes, I think she is pregnant even gambar dekat IG lately pun bump,” dakwa netizen lain.

“Memang obviously pregnant tu. Perut dah besar tu. 5, 6 bulan dah kot tu,” kata netizen lain.

“Yea dia pregnant jmpa dia tengah beli barang baby kat Ikea Cheras siap bergambar hehe,” tulis individu lain.

Izara Aishah

Malah, di Instagram Izara turut berkongsi tiga foto ketika menghadiri acara tersebut namun ruangan komen untuk setiap hantarannya itu ditutup.

Bagaimanapun, Izara tidak memberi sebarang respons berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini, Izara pernah menjadi perbualan hangat serta didakwa hamil namun dia menafikan dakwaan tersebut.

Menurut Izara, dia meluahkan rasa kesal apabila ramai menganggap perut buncit sahaja mengandung.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Asal Buncit Je Orang Ingat Pregnant, Tak Habis Habis Tengok Perut Orang” – Izara Aishah

Izara berkahwin dengan Adib Khalid pada 17 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia pada 2020 kini berusia 3 tahun.

Written by: Aqilah


Previous post