
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno menggesa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menunjukkan teladan baik dengan mengarahkan menantunya pulang untuk membantu siasatan kes rasuah.
Ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd Puad Zarkashi berkata pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak perlu memberi alasan dan takut jika yakin menantunya Muhammad Adlan Berhan yang berada di luar negara sejak Mei lalu tidak bersalah.
“Sepatutnya Muhyiddin dengan slogan PN Best tunjuk teladan baik. Dia masih mahu jadi PM? Suruhlah menantu balik, takut apa kalau tak bersalah.
“Pernahkan anak-anak bekas PM melarikan diri?,” katanya di Facebook sambil mencabar Muhyiddin membuat kenyataan terbuka mengenainya.
Minggu lalu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan Adlan bersama peguam Mansoor Saat kini dalam senarai Notis…