
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) dicadang mewujudkan pasukan tindakan pantas bagi mengendalikan setiap aduan pengguna menerusi aplikasi MyJalan.
Pakar psikologi trafik dan keselamatan jalan raya Universiti Kebangsaan Malaysia, Rozmi Ismail berkata ia bagi memastikan semua tindakan susulan, termasuk kerja pembaikan kerosakan jalan yang diadukan dalam aplikasi itu dapat diselesaikan segera.
“Harus diingat setiap aduan itu pada asasnya melibatkan isu keselamatan pengguna, jadi tindakan perlu segera diambil.
“Juga harus ada satu SOP (prosedur operasi standard) jelas, misalnya setiap aduan diterima wajib diselesaikan dalam satu tempoh wajar dan untuk menjayakannya, kementerian perlu sentiasa…