
PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan aktivis Myanmar Thuzar Maung dan keluarganya meninggalkan kediaman mereka secara sukarela, bukannya diculik seperti didakwa pihak tertentu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Shuhaily Zain, memberitahu FMT berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tindakan keluarga itu nampak seolah-olah “sukarela”.
Thuzar, suaminya dan tiga anak hilang dari kediaman mereka di Ampang, Selangor, pada 4 Julai lalu.
Human Rights Watch mendakwa, wanita berusia 46 tahun itu dan keluarganya dibimbangi diculik dalam “operasi terancang”, dengan memetik saksi serta rakaman CCTV di rumahnya.
Bagaimanapun, hasil siasatan polis percaya sebaliknya.
“Berdasarkan apa dilihat dalam CCTV, tiada tanda-tanda mereka diculik. Semuanya (nampak)…