Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dr M beri taklimat ‘SG4’ di Kedah

today21 September 2023

Background


Dr Mahathir Mohamad menghadiri pertemuan dengan pemimpin Kedah di kediaman rasmi menteri besar Kedah di Seri Mentaloon, Alor Setar pada Rabu.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad memberi taklimat kepada pemimpin kerajaan Kedah mengenai rancangan pembangunan ekonominya di bawah “state-government 4” atau SG4 lebih dua jam di kediaman rasmi menteri besar Kedah di Seri Mentaloon, Alor Setar pada Rabu.

Minggu lalu, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, empat negeri pimpinan Perikatan Nasional bersetuju mewujudkan kerjasama dikenali SG4, dengan Mahathir dilantik penasihat ekonominya.

Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Khairuddin Abu Hassan, berkata pelbagai rancangan membangunkan ekonomi Kedah dibincangkan dalam mesyuarat itu, termasuk pelaburan dalam sektor pelancongan, pertanian, infrastruktur dan pendidikan.

Dalam pertemuan itu, katanya, Mahathir berikrar menggunakan pengalamannya membangunkan Malaysia untuk membimbing Kedah dan tiga negeri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post