Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nurul Shuhada Kongsi Pesanan & Doa Janna Nick Ketika Menjalani Ibadah Umrah

today25 September 2023

Background

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri tampil berkongsi pesanan dan doa yang dititipkan oleh aktres Janna Nick ketika menjalani ibadah umrah.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shuhada menerusi sebuah perkongsian di Instagram, sebentar tadi.

Shuhada yang mesra disapa Shu turut memuat naik gambarnya bersama Janna di hadapan jam besar di Masjidil Haram, Makkah.

Dalam perkongsian tersebut, Janna menyatakan dirinya akan selalu mendoakan kebahagiaan bekas isteri Hafidz itu dan berpesan untuk menjaga anak-anaknya, Humairah dan Umar dengan baik.

“Janna : Aku doakan yang terbaik untuk kau Shu, kau mesti bahagia dengan anak anak, jaga diorang (dia orang) baik baik? Kinah : Allah uji sebab Allah sayang Shu, Allah uji sebab Allah nak bagi yang lebih baik ?

“Psst //: bergurau macam tu jelah kitorg, no heart feelings ??sayang korang lillahitaala,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Tersentuh dengan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar Shuhada sentiasa kuat dan tabah mengharungi ujian hidup.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua cahaya mata, Humairah dan Umar.

Written by: Salma


Previous post

Sukan

MT Helmets-MSi tak perlukan Damok lagi

Kuala Lumpur: Jodoh pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman bersama MT Helmets-MSi nampaknya tidak panjang apabila pasukan itu tidak mahu terus menggunakan khidmatnya pada musim depan di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

today25 September 2023