Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sebak Nyanyi Lagu Bertakhta Di Hati, Nikki Palikat Anggap Anak Sumber Kekuatan

today26 September 2023

Background

Penyanyi Nikki Palikat mengaku berasa sebak ketika menyanyikan lagu Bertakhta Di Hati pada program hiburan popular yang bersiaran secara langsung pada Ahad lalu.

Menurut Nikki, setiap kali dia melakukan persembahan, anaknya Liam Audi akan sentiasa ada bersamanya, bagaimanapun kali ini sedikit berlainan memandangkan anaknya itu kini tinggal bersama ayahnya yang juga seorang penerbit muzik terkenal, Audi Mok.

“Jangan salah faham. Bukan tak boleh berjumpa, tetapi rasa itu berbeza sebab dia tiada di sisi bila membuat persembahan. Itu satu cabaran untuk saya sendiri.

“Lagu Bertakhta Di Hati (nyanyian asal Faradhiya) yang dinyanyikan malam tadi saya dedikasikan untuk Liam. Saya menyanyi sebagai seorang ibu untuk anak.

“Saya tengah menyusun semula emosi sebab sebelum ini memang sudah terbiasa Liam teman. Sedih sangat sebab dia adalah kekuatan saya.

“Kali ini dia tinggal bersama bekas suami. Jadi sukar untuk dia teman saya seperti sebelum ini,”katanya.

Terdahulu, Nikki dan Audi Mok berkahwin pada tahun 2009 dan kemudian mengambil keputusan untuk bercerai ketika pandemik melanda.

Hasil perkongsian tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Liam,13.

 

Sumber: Ohbulan

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Basma cipta sejarah Brunei

Huangzhou: Basma Lachkar dari pasukan wushu Brunei Darussalam mencipta sejarah di Sukan Asia Ke-19 selepas meraih pingat perak acara akhir Taijijian dan Taijiquan kelmarin.

today26 September 2023