Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lombong emas secara haram, lelaki didenda RM50,000

today4 October 2023

Background


Tertuduh, Liew Lok Shong, 59, didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah melombong emas secara haram. (Pexels pic)

RAUB: Mahkamah Sesyen mendenda seorang lelaki RM50,000 selepas mengaku bersalah melombong emas secara haram di Hutan Simpan Kekal Kechau dalam daerah Lipis, dekat sini, Mac lalu.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya juga memerintahkan Liew Lok Shong, 59, yang beralamat di Selangor, menjalani hukuman penjara 12 bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.

Faizadh turut mengarahkan sebuah jengkaut dan enjin air yang disita Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada hari kejadian dilucut hak kepada kerajaan negeri.

Liew didakwa melakukan perlombongan tanpa lesen atau pajakan yang sah di hutan tersebut pada 12.40 tengah malam, 10 Mac lalu, yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post