
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak bercadang meneruskan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam pembentangan Belanjawan 2024, kata Menterinya Mohamed Khaled Nordin.
Bagaimanapun, katanya perkara itu tertakluk kepada keputusan yang dibuat Kementerian Kewangan.
“Setakat ini, kita tidak lagi meneruskan itu (diskaun bayaran balik PTPTN),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan berkata kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20% selama tiga bulan bermula 1 Mac hingga 31 Mei lepas.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju…