Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tuduhan ubah wang haram, gagal isytihar pendapatan bertindan, kata Rosmah

today6 October 2023

Background


Permohonan Rosmah Mansor untuk membatalkan 17 tuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan akan didengar di hadapan Hakim K Muniandy pada 13 Disember ini.

KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor mendakwa beliau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil kerana terdapat pertindihan dalam 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7 juta dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak itu berkata pertuduhan berkenaan bertindan antara satu sama lain dan ia sebenarnya merujuk kepada kesalahan yang sama.

“Pertuduhan pertama hingga pindaan ke-12 (pengubahan wang haram) adalah cacat, kabur serta defektif kerana tidak menyatakan apakah aktiviti haram atau kesalahan predikat daripada mana hasil dikatakan telah diperoleh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam afidavit jawapan yang difailkan 22 September lepas bagi menjawab afidavit balasan Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn dalam permohonan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA