Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Walaupun menang BN gagal tambah sokongan, kata Muhyiddin

today8 October 2023

Background


Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata keputusan PRK Pelangai menunjukkan peralihan sokongan kepada PN terutama dalam kalangan pengundi Melayu.

PETALING JAYA: Walaupun menang PRK Pelangai, Barisan Nasional (BN) dilihat masih gagal menambah sokongan meskipun bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan menggunakan seluruh jentera serta sumber kerajaan yang ada untuk membantu kempen.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata keputusan PRK Pelangai juga menunjukkan tidak berlaku pemindahan undi yang ketara antara PH dan BN.

“Sebaliknya, apa yang berlaku ialah peralihan sokongan kepada PN, terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, trend itu sama seperti yang berlaku dalam PRN dan siri PRK sebelum ini.

Pada PRK Pelangai, BN memperoleh majoriti 2,949 undi menurun berbanding 4,048 pada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan calon BN Amizar Abu Adam menang dengan kelebihan 7,324 undi, menewaskan pencabar daripada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post