Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Apa sukan sekali pun, pemakaian tak harus jadi halangan, kata Hannah

today12 October 2023

Background


KBS akan bertemu Persatuan Gimnastik Terengganu (PGNT) berhubung tawaran kepada atlet gimnastik wanita negeri itu menyertai sukan wushu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Gimnastik Terengganu (PGNT) dalam mencari jalan penyelesaian berhubung penawaran dibuat kepada atlet gimnastik wanita negeri itu menyertai sukan wushu.

Menterinya Hannah Yeoh berkata pertemuan itu akan membincangkan solusi terbaik buat atlet terlibat susulan kerajaan negeri kekal dengan pendirian melarang penyertaan mereka dalam sukan gimnastik pada mana-mana kejohanan termasuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

“Saya telah menghubungi Presiden PGNT Abdul Razak Mat Amin untuk kita tengok bantuan apa yang boleh diberikan bagi menyelesaikan masalah ini menerusi Majlis Sukan Negara (MSN).

“Hasrat kami ialah supaya anak-anak muda yang mahu terlibat dalam apa jenis sukan pun, kod pemakaian tidak seharusnya jadi penghalang untuk meneruskan impian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post