
KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghargai keputusan Pakatan Harapan (PH) yang tidak meletakkan calon pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, berkata keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
“Insya-Allah GPS akan bertahan. Saya ucap terima kasih kepada PH yang tidak letak calonnya … yang letak calon (di Jepak) parti ‘semut’ sahaja.
“Kita tak cakap kita kuat tetapi kita faham Sarawak hanya boleh diuruskan oleh anak Sarawak sendiri dan saya harap bahawa masa depan kita cerah sekiranya boleh mempertahankan sistem politik di Sarawak sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Townhall Bersama Premier Sarawak yang diadakan semasa program Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 di Pusat…