
PETALING JAYA: MCA dinasihatkan agar tidak memikirkan untuk bergerak solo, kerana parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN) sudah dianggap seperti keluarga, kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.
“Apa sekalipun parti komponen di dalam BN adalah seperti keluarga, susah senang bersama.
“Itu semangat di dalam BN yang tiada di dalam mana-mana gabungan,” kata Akmal kepada FMT.
Menurut Adun Merlimau yang juga Exco Kerajaan Melaka itu lagi, komponen dalam BN seharusnya bersama-sama memperkukuh parti, serta berusaha untuk kembali mendapat kepercayaan rakyat.
Akmal berkata demikian mengulas kenyataan Presiden MCA Wee Ka Siong bahawa parti itu sedia melakar hala tujunya sendiri jika mana-mana parti dalam BN memutuskan secara rasmi menjalin hubungan baharu dan meninggalkan sekutu sedia ada.
Ketika berucap…