
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said akan mengadakan pertemuan dengan pesuruhjaya kanak-kanak bagi meningkatkan kesedaran kesalahan seksual terhadap golongan terbabit.
“Kami bimbang ramai yang tahu mengenai berlaku penderaan seksual kanak-kanak sama ada di rumah, sekolah dan kejiranan tetapi gagal melaporkan kes itu.
“Seksyen 19 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 menyebut jika anda sedar insiden itu berlaku dan tidak melaporkannya, ia menjadi kesalahan,” katanya pada sidang media.
“Kami mahu memberi mesej kesalahan seksual terhadap kanak-kanak tidak hanya melibatkan mangsa atau kanak-kanak lain, malah masyarakat keseluruhannya.”
Beliau berkata, tanggungjawab itu merangkumi semua bukan terhad kepada ahli keluarga…