
PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan setahun empat bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus, Terengganu semalam.
Ketua Polis Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din berkata kakitangan pusat kesihatan universiti itu membuat laporan pada 4.30 petang.
“Sebaik menerima laporan, pihak polis ke lokasi kejadian dan mendapati bayi terbabit sudah meninggal dunia.
“Berdasarkan siasatan awal, bapa bayi berkenaan dikatakan terlupa menghantar anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak dalam kampus itu.
“Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan kita masih menyiasat kejadian ini,” katanya menurut Harian Metro selepas Latih Amal Bencana Udara 2024 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.
Katanya, keterangan akan diambil…