Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hidup baharu menanti Muggnisuari dan anak-anak

today29 October 2023

Background


Sumbangan orang ramai akan membolehkan B Muggnisuari dan anak-anaknya berpindah ke rumah yang lebih elok.

PETALING JAYA: Masa depan lebih cerah menanti B Muggnisuari dan lima anaknya, berkat kemurahan hati pembaca FMT.

Tidak sampai seminggu selepas kisah keluarga yang dibelenggu kemiskinan itu ditampilkan, sumbangan bernilai RM430,000 telah berjaya dikutip.

“Cukuplah bagi keluarga tersebut untuk mulakan hidup baharu,” kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Suriana James Nayagam.

FMT bekerjasama dengan NGO tersebut, yang akan menguruskan pemberian bantuan kepada keluarga itu.

James berkata, sumbangan itu akan membolehkan Muggnisuari dan anak-anaknya, berusia antara empat hingga sembilan tahun, berpindah ke rumah yang lebih elok. Keluarga itu kini hidup tanpa bekalan air dan elektrik yang sempurna.

“Mereka akan ada tempat tinggal sendiri, anak-anaknya boleh pergi ke sekolah dan cukup bekalan makanan untuk setahun.

“Kami sedang cari rumah tiga bilik yang lengkap dengan perkakas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post