Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Industri getah perlu nafas baharu, kerajaan diminta masuk campur

today30 October 2023

Background


Malaysia menjadi pengeluar sarung tangan getah utama disebabkan akses mudahnya kepada susu getah asli dan kemudahan pemprosesannya, menurut Denis Low. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan harus melaksanakan langkah strategik bertujuan memberikan nafas baharu kepada industri getah negara, kata bekas presiden Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma).

Denis Low berkata, kerajaan persekutuan dan negeri perlu memperuntukkan tanah pertanian tambahan untuk penanaman pokok getah.

“Pekebun kecil harus digalakkan dan diberi insentif untuk menanam semula pokok getah, berbanding membiarkan pokok terus menua dan kurang menghasilkan susu getah,” katanya.

Low berkata, Malaysia menjadi pengeluar sarung tangan getah utama disebabkan akses mudahnya kepada susu getah asli dan kemudahan pemprosesannya, tetapi kelebihan ini merosot dari semasa ke semasa.

“Hari ini, Malaysia menyumbang hanya 15% daripada bekalan, dengan bakinya disumbangkan oleh Thailand dan Vietnam,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Naveen Prabu


Previous post