Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Adun Rembia dakwa WhatsApp digodam, nafi minta wang

today4 November 2023

Background


Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis mendakwa ada pihak yang cuba mengaibkannya dengan menggunakan nombor telefon lamanya dan meminta wang daripada orang ramai.

PETALING JAYA: Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis membuat laporan polis selepas mendakwa akaun WhatsApp miliknya digodam dan digunakan untuk meminta wang daripada orang ramai sejak Selasa lalu.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh sehari kemudian, selepas menerima panggilan daripada beberapa kenalan dan ahli keluarga yang meminta kepastian apabila menerima mesej mencurigakan itu.

Jailani mendakwa ada pihak yang cuba mengaibkannya dengan menggunakan nombor telefon lamanya dan meminta wang daripada orang ramai.

“Alhamdulillah saya sudah buat laporan polis dan menamatkan nombor terbabit, malangnya ia masih digunakan melalui WhatsApp,” katanya menurut Berita Harian.

Jailani mendakwa, aplikasi WhatsApp miliknya tidak boleh digunakan selepas menerima dan mengesahkan enam digit kod dihantar seorang kenalan,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters