
SHAH ALAM: Seorang jurulatih di sebuah pusat seni mempertahankan diri ditahan polis kerana dipercayai mencabul empat kanak-kanak perempuan berusia 7 hingga 9 tahun dalam beberapa kejadian berasingan antara Oktober dan September tahun ini.
Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan sekitar 4 petang di sebuah pusat membeli-belah, Khamis lalu selepas menerima laporan pertama daripada salah seorang ibu mangsa pada 1.53 tengah hari pada hari berkenaan.
“Mangsa pertama merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, dipercayai telah dicabul oleh suspek semasa berada dalam tandas pusat mempertahankan diri tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, susulan kejadian itu pihaknya setakat ini menerima empat laporan polis berkaitan kejadian yang sama melibatkan mangsa yang…